Posts

Showing posts from November, 2009

Eaaa Eeaa Eeeee

Image
Assalamualaikum & hai.. Tadi sambil2 aku tengok youtube, terjumpa video ni. Kelakar gila. Ni tak kira BN, PAS, DAP, PKR ke sume kena bantai.hehe.. Tengok sampai habis k Entah apa yang dibincangkan pun tak tahu.. hehe Salam dari budaksepet,

Jom mencerap tahi bintang pada 18 November ini!

Image
Assalamualaikum & hai.... Kepada rakan2 yang saya hormati sekalian. Jika anda berminat untuk melihat tahi bintang dengan mata kasar anda sendiri, maka jangan lepaskan peluang untuk mengikuti peristiwa Hujan Tahi Bintang (meteor) Leonids yang akan berlaku pada 18 November 2009 ini. Pada waktu tersebut, anda berpeluang untuk melihat sehingga 150 tahi bintang dalam masa satu jam! Cerapan boleh lah dibuat bermula pada jam 12 am sehinggalah ke matahari naik. Jika anda menunggu malam sehinggalah ke pagi, maka ada mungkin dapat melihat sehingga lebih seribu tahi bintang dalam masa satu malam! Apa yang menariknya ialah anda hanya memerlukan mata kasar sahaja untuk mengikuti melihat tahi bintang tersebut. Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila lawati blog astronomi saya di www.astromas2020.blogspot.com . Jom mencerap!

Takde idea

Image
Assalamualaikum & hai... Emmm.. nak update pasal ape ye? tiba2 takde idea pulak. Tengah idea banyak mood pulak takde..hehe.. Dalam seminggu ni asyik hujan aje. Macam mana nak mencerap hujan meteor ni. huhu Sesiapa2 yang tak pernah tengok najis bintang bolehlah berbuat demikian pada 18hb dan 14 Disember ni. InsyaAllah kalau rezeki korang langit jadi clear, boleh tengok beratus2 dalam satu malam Peace! Salam dari budaksepet,

Peristiwa Astronomi akan datang

Image
Assalamualaikum.... Semalam aku ke Balai Seni Lukis Negara sebab ada progam astronomi kat sana. Jadi semalam  ingat nak buat cerapan bintang tapi nasib tak berapa baik sebab hujan. Jadi Kitorang lebih habiskan masa dengan bersembang akan aktiviti astronomi dan peristiwa yang lepas dan akan datang. Sedikit info cepat untuk korang. Nanti perinciannya aku postkan kemudian. 1. Peristiwa hujan meteor Leonid - 17/18hb Nov - peluang untuk melihat sehingga 1000 tahi bintang dalam masa sejam menggunakan mata kasar! 2. Peristiwa hujan meteor Geminid - malam 13/14 Disember - Peluang untuk melihat sehingga 120 tahi bintang dalam masa sejam. 3. Gerhana bulan separa - 1 Januari 2010 - 3 pagi. - Jugak boleh tengok dengan mata kasar. 4. Gerhana matahari annular (cincin) - 15 Januari - 1 petang - ni nak tengok kena ada penapis. Enjoy! Salam dari budaksepet,

Nota Cardiac Arrhythmias

Image
ARRHYTHMIAS 1. Bradycardia       i. SA node dysfunction (No P wave, alternate pacemaker activated: AV node)       ii. Conduction prob             i. 1˚ AV block (prolong PR >0.22sec, constant)             ii. 2˚ AV block                   1. Mobitz type i (progressive ↑ PR until QRS absent, start new)                   2. Mobitz type ii (constant PR with periodic QRS skip)             iii. 3˚ AV block (no relation of atrial & ventricle) 2. Tachycardia i. A

Sheikh Saad Al-Ghamidi

Image
Assalamualaikum & hai... Tahun 2007 dulu, aku pernah kerja kat booth AOWA di  TESCO Wangsa Maju. Kat depan booth aku tu ada satu kedai jual buku agama. Entah apa namanya aku pun tak ingat. Tapi yang aku ingat kedai tu bersebelahan dengan kedai jual pakaian dalam wanita. Hahaha.. Punya la kontra kedai sebelah menyebelah tu..hehe Sedang aku tecegat depan booth sambil melilau mencari mangsa, tiba2 terdengar aku bacaan ayat al-quran dari kedai depan tu. Cara bacaannya berjaya meruntun hati aku ni. Bacaanya tak berlagu sangat, dan tak juga mendayu2 sangat. Tapi dah cukup untuk membuatkan aku terpegun seketika. Rupa2nya reciter tu adalah Sheikh Saad Al-Ghamidi. Sejak dari tu aku beliaulah reciter yang paling aku suka dalam dunia ni. Bila dengar aja bacaan beliau, mesti hati aku menjadi sayu. Tak macam Sheikh lain. Tadi aku ada cari ayat2 bacaan beliau di youtube. Ini antara yang aku dapat. Dengar sampai habis ye. Emmm.. pernahkan kita menangis ketika membaca Al-Quran kerana t

Chelsea Chelsea!

Image
Assalamualaikum & hai.... Tahukah anda semua bahawa aku ni peminat & penyokong Chelsea? hahaha... Jangan buat tak tau ye..Aku mula minat team ni sejak 2006 lagi kot. Jadi time tu mula lar beli baju jersey Chelsea ikut musim. Jadi setakat ni aku dah ada 4 jersey. 3 biru & 1 putih. Ni jersey 1st beli. Sekarang dah tak tau ada kat mana.hehe  Kemudian beli yang ni pulak. Nampak lawa pulak warna biru Time ni jersey dah ada kolar pulak. Suka design baju ni. Ringkas Ni yang latest untuk musim 2009/2010. Baju ni fit sikit Sekarang ni dalam kepala aku nak beli jersey Chelsea yang away pulak. Nampak macam cantik aje. Ok lah. Chow dulu. Nak sembahyang maghrib dulu. Salam dari budaksepet,

Bosan oo bosan..

Image
Assalamualaikum & hai... adui.... kenapa lah dua tiga hari ni aku dilanda kebosanan yang agak melampau. Sebenarnya banyak aje kerja yang tak setel2 lagi. Tapi malas pulak yang menghantui diri. Ape la nak jadi ni..huhu... Sepatutnya banyak benda yang boleh dibuat untuk isi masa yang lapang ni. Contohnya; Siapkan log book & clinical diary & long case (arghh....banyak ni) Edit & upload gambar kat facebook atau flickr Update blog ni & blog astronomi Kemas bilik yang tengah berterabur ni Basuh baju Main game Fifa10 (dah memang selalu main) Main sudoku dan lain2.... Eh...dalam seminggu dua ni aku terfikir nak main game yang menajamkan minda sikit. Antaranya main chess atau sudoku. Prof Karim, pakar forensik hospital Serdang pon main sudoku. Patut la otak dia bergeliga..huhu.. Salam dari budaksepet,