Macam2 kes

Thursday, July 30, 2009 , 4 Comments

Assalamualaikum & hai...

Hari ni kat emergency dept tak berapa sibuk. Tapi ada beberapa kes yang menarik berlaku hari ni...

Kes 1
Seorang bayi berumur lebih kurang 7 hari ditinggalkan dalam beg baju kat tepi masjid. Bila ditemui, bayi ni di bawa ke emergency dept untuk bantuan kecemasan namun rupanya bayi ni dah BID (brought in death). Bukak2 beg tu, tengok bayi tu lengkap pakai baju. Tali pusat pulak diikat dengan tali kasut yang mungkin menandakan si ibu melahirkan anak secara sendirian. Tengok pada kulit yang masih segar menandakan baby ni baru aje mati tapi bibir dah jadi kaler itam dah.

Kesian pula tengok sebab baby tu comel aje. Sampai hati mak dia buang baby yang comel mcm tu. Penat2 mengandung 9 bulan pastu last2 buang aje.. huhu.. Tiada sebarang surat ditinggalkan bersama bayi. Biasanya orang akan letak surat untuk bagitahu yang baby tersebut Islam atau tak.


Kes 2
Seorang wanita melayu berumur 27 tahun telah terbabas keretanya sewaktu nak pegi kerja. Malang bagi dia sebab ada percikan api menyebabkan keretanya terbakar. Bertambah malang lagi apabila dia tak dapat keluar dari kereta tersebut. Maka habislah seluruh badan wanita tu terbakar sehingga akhirnya menyebabkan kematian. Waktu aku bukak pembalut tu, tengok baju still intact lagi tapi muka dan badan dah teruk terbakar.  Kulit dah jadi hitam dan pink, lidah pulak terkeluar. Dua2 belah tangan terangkat kat depan dada, mungkin menahan kesakitan waktu kebakaran tu kot.

Paling sedih bila husband dan ayah mertua si mati datang ke forensic dept untuk pengecaman mayat. Bayangkanlah pagi tadi jumpa si isteri dengan keadaan elok tapi sekarang jumpa dalam keadaan rentung macam tu. Tak dapat bayangkan kalau aku sendiri yang sedang menghadapi situasi tu.huhu.. Nauzubillah...


Kes 3
Seorang patient perempuan berbangsa Cina di masukkan ke yellow zone ED disebabkan sesak nafas. Patient ni nampak pucat betul menandakan dia sedang anemic. Walopun dia tu putih (standard kulit orang cina) tapi boleh cam pucatnye tu semacam aje. Hasil dari history taking, patient ni mengadu heavy period setiap bulan. Setiap bulan period datang selama 10 hari dan setiap hari tu dia tukar pad lebih kurang 8 kali. Benda ni dah berlaku selama setahun dah tapi dia tak datang klinik atau hospital sebab sibuk dengan kerja katanya.

Disebabkan dia mengalami hilang darah yang kronik, maka jantung terpaksa berkerja keras untuk pam lebih darah ke seluruh badan. Maka hasilnya, dalam masa setahun ni patient duk asyik rasa palpitation (berdebar) tapi menganggap perkara tu normal. Kesian kat jantung tu sebab asyik kena kerja keras mengepam lebih dari biasa selama setahun. Maka last2 jantung tu dah tak boleh bertahan menyebabkan terhasilnya heart failure.

Kaum2 wanita kat luar sana kena aware tau pasal ni. Jangan ambil mudah aje

Kes 4
Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun datang ke ED dengan mengadu sakit perut. Dia kata dia ada dia ada haemorrhoid (buasir). Tak tahulah dia diagnosed sendiri atao macam mana.hehe..

Patient ni badan dia sedikit chubby tapi takde la gemuk sangat. Dia ada mengadu periodnya datang tak ikut bulan, selalunya sikit dan tak tetap.

Patient ni dihantar untuk xray kalo tak silap. Mengejutkan apabila didapati dalam rahim remaja tersebut ada baby yang sudah cukup 9 bulan tapi dia tak sedar yang dia mengandung. Mungkin sebab badan yang chubby tu sebabkan perutnya x nampak ketara sangat. Rupa2nya darah yang keluar kadang2 tu bukan darah period, tapi hasil dari pregnancy tu.

Apa lagi, patient ni di tolak ke bilik bersalin dan kemudian selamat melahirkan baby seberat 3 kelo.

Lepas bersalin tu, barulah patient tu mengaku yang dia pernah kena rogol sewaktu balik dari cyber cafe lebih kurang 9 bulan yang lepas. Dia tak kasi tau siapa2 even pada family.

Isk2.... macam2 kan?

Kes 5
Lepas balik dari ED, aku dan member2 lain telah collapse dari maghrib sampailah ke pagi. Aku sendirik tertidur sebelum pukul 7ptg sampailah 12 malam. Aii.. terpaksalah qadha sembahyang aku nieh..

Pop kuiz 2

Untuk kes 3, apa relation heart failure dengan patient tu rasa sesak nafas? Agak2 korang apa lagi klinikal sign yang kita blh tengok kat patient tu? wink wink...

Kali ni saya kasi can kat Kak Anonymous jawab. Mesti sambil tutup mate pun boleh jawab nieh..hehe


Chiao...

Salam dari budaksepet,




4 comments:

Dah lama tak menaip

Tuesday, July 28, 2009 , 5 Comments

Assalamualaikum & hai.....

Maap le lame tak update blog ni. Actually banyak je benda yang nak di taip. Tapi tangan ni yang tak tertaip.hehe..

Sekarang ni aku ada 8 lagi short case report yang nak kena di siapkan. Pastu tambah lagi satu long case dengan satu report community medicine yang ada lebih dari 10 procedure kat dalam tuh. Malangnya nak bagitahu yang aku baru aje siap 3 report dari banyak2 report tu.hehe...

By the way, hari ni adalah antara hari yang sibuk kat emergency room Hospital Serdang. Entah siapa yang jonah bawa ramai patient hari ni. Orang medikal tahulah apa maksud jonah tu. Aku pasti ramai doktor2 kat luar sana takut fenomena jonah ni... hehe... Maksudnya bila seseorang doktor tu bertugas atau oncall aje mesti berduyun2 patient masuk. Ibarat pesta jom heboh lagaknye. Cuma yang ni tempatnya kat emergency room. So macam2 bunyi boleh dengar. Budak2 n bayi duk mengangis dan tak kurang bapak budak pun sama.

Hari ni kitorang bertugas start pukul 8 pagi dengan sesi ward round bersama HoD dan specialist ER nieh. Bila HoD ada sekali, maka berlakulah sesi tembak menembak soalan kepada HO, MO dan staff2 kat sini. Yang peliknya HoD aje yang menembak, yang lain cuma bertahan serangan tersebut dengan redha dan tabah sekali.hehe.. Semua macam kat sekolah menengah tengah kena marah dengan cekgu yang garang. Waktu mula2 posting dulu aku takut la jugak. Tapi makin lama ni kadang aku rasa macam kelakar juga.hehe... 

Korang jangan salah anggap pulak. Apa yang HoD tegur dan marah tu bukannya suka2. Tapi nak perbetulkan apa yang silap dalam managing patient. Almaklumlah, kitorang tak kira medical student, houseman, MO atau even specialist pun still in learning process. Itulah yang uniknya dunia medikal ni. Dah keluar jadi doktor nanti bukan bermaksud dah habis belajar semua, tapi banyak lagi benda baru yang perlu di explore. heee... BTW, sebenarnya HoD tu baik aje... Bila dengan patient tiba2 dia berubah menjadi seorang doktor yang lembut dan baik. Bukan senang nak jadi gitu tau. Dia always cakap yang kita ni sedang merawat manusia, bukan merawat sakit yang ada tu. :)

Okes, berbalik kepada kes2 yang ada hari ni... Waktu pagi selepas aje habis ward round sekitar jam 9 pagi, maka kami student2 ni mulalah melanguk2 dalam yellow zone tu. Macam2 kes ada hari ni. Ada satu kes tu sorang budak sekolah dilanggar dengan kereta. Lutut dia cedera teruk sampai patella dah terjojol keluar sekali dengan tibia. Tapi yang peliknya budak tu buat muka macam takde ape2. Mak dia yang kat duk kat sebelah pun macam takde perasaan aje. Masing2 senyap. Bercakap pun sepatah dua aje.Emm.. Mungkin ada krisis ni kot. So patient ni kitorang irrigate luka tu dengan normal saline, bandage then buat backslab untuk support bahagian peha sampailah ke kaki dengan gunakan plaster of paris (POP). Kemudian hantar ke x-ray pastu terus pos ke bahagian orthopedic untuk surgery.

Kat sini hari2 boleh tengok kes mva (motor-vehicle accident). Dah nama pun Accident & Emergency. Kes pecah lutut ni kiranya sentiasa ade lah.hehe. Kes2 gaduh pun slalu ade. Hari ni ada sorang patient Indian kena tetak kat tangan sebab minta gaji dengan bos dia. 2 jari dah tergantung pada kulit aje, yang lain pulak terpotong separuh. Isk isk.... sadis2....

Aku tak tahu kenapa dalam seminggu ni banyak betul ibu2 yang bawak baby baru lahir ke emergency room. Kes pneumonia banyak, jaundice ada dua tiga kes, yang demam batuk dan respiratory distress pun selalu ada. Mungkin sekarang musim baby sakit kot.heee... Actually aku suka attend kes baby2 yang comel2 ni. Diorang nangis pun nampak comel semacam aje...hehe.. Tapi kalau tengok bapak baby yang nangis nampak buruk la pulak :p

Dari pagi sampai tengah hari aku habiskan masa kat yellow zone. Petang aku masuk red zone pulak. Zone ni khas untuk patient2 yang kritikal. Kalau tak rawat seberapa segera mesti boleh bawa kepada kematian.

Ada sorang patient tu ditransfer dari yellow zone ke red zone. Sebabnye patient tu jadi unconscious dan GCS turun kepada 3 ajer. Kira lowest GCS score dah tu.. Aku yang ada kat tepi katil pakcik tu terus tolong transfer ke zon kritikal. Later on, pakcik tu gain consciousness tapi macam dalam keadaan yang tak berapa sedar. Tangan asik meraba2 kiri dan kanan. Bila tanya tak boleh jawab & tak kenal orang sekeliling. Aiseh.. ni macam kes hypoglycemia nieh. Teringat pulak kes hypoglycemia waktu hari 1st posting kat emergency nieh. Bila test kandungan gula dalam darah, sah pakcik ni tengah kurang gula walopun dia ada sejarah kencing manis.Glucometer tunjukkan nilai 1.7 mmmol/L. Rendah sangat tu. Patutla pakcik tu boleh pengsan dan bila sedar berada dlm keadaan reduced mental state. Kalau orang normal lebih kurang 3.5 sampai 5.5. Kalau orang yang diabetes biasenya atas 9.

Selain tu banyak lagi kes kat redzone yang aku attend hari ni. Tapi dah tak larat nak taip.ngeee...  Mungkin lain kali bila ada mood..

Eh... dah terlebih panjang ni. Report tak buat lagi ni..hehe..

Ada pop kuiz kat sini. Pakcik tu ada kencing manis, tapi macam mana dia boleh jadi hypoglycemia (kurang gula dalam darah) sampai jauh lagi rendah dari orang normal? Siapa boleh jawab dapat hadiah tepuk tangan..hehe... Akak Anonymous terkecuali untuk jawab soklan ni.

Kacang je ni.... cepat2 kasi komen...

Chiao..

Salam dari budaksepet,




5 comments:

blurr untuk buat tajuk

Thursday, July 09, 2009 8 Comments

Assalamualaikum & hai...

Maaf sebab lama tak update. Kononnya macam bizi bebenor. Padahal akak Anonymous pun nyempat nak update. Ni pulak aku..hehe..

Untuk pengetahuan semua, aku sedang posting di unit kecemasan hospital Serdang. Sekarang ni aku stat masuk ward pukul 3 petang & balik pukul 11 malam.Tambah dengan supper lepas kerja, maka sampailah aku kat rumah pada pukul 1 pagi. Kemudian tidur & bangun pukul 12 pm. Pastu kul 1 dah start pergi Serdang balik..wuwu... 

Lebih kurang seminggu kat ward emergency ni, dah dua orang mati kat tangan aku. Dua2 disebabkan oleh cardiac arrest (jantung berhenti berdenyut). Apa yang kami buat ialah CPR selama setengah jam bermula dari masa pakcik/makcik tu collapse sambil inject adrenaline pada interval yang tertentu. kalau dah lepas setengah jam jantung tetap taknak berdenyut, maka waktu kematian pun diumumkan.huhu

Rasa rugi pulak sebab nak defibrilate tak boleh sebab case pertama ialah pulseless electrical activity (PEA) & yang kedua assystole. Kalau patient tu ada VT atau VF baru leh shock. Melepas peluang nak tengok Dr maen2 karen shock macam dalam TV tu.. hehe..

BTW, waktu aku buat chest compression semalam tu, aku dah patahkan 4 tulang rusuk pakcik. Kesian pakcik tu. Kalau dia survive terpaksa nak setelkan pasal ribs yang patah tu.hehe.

Semoga pakcik & makcik tersebut berbahagia di alam sana.

Alfatihah



Salam dari budaksepet,




8 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu