Posts

Showing posts from December, 2008

Tiada Tajuk

Image
SMS Penghantar : Che Su Ganu, +60199739*** Dihantar : 31-Dis-2008, 20:18:16 Askom..Iwan mg pekse 5ari bln ning kew?.. Bkn npe ak ng kbo ea, ariw maat ning ayh ingt ng suh kupul ank branok kt pital,(eka) Kalau translate sikit ayat ni.. Salam..Iwan mung perikse (exam) 5hb ni ke?..Bkn ape ni, aku nok kabo (beritahu) hari Jumaat ni Ayah ingat nak suh (suruh) kupul (berkumpul) anan beranak kat Hospital, (Eka) Mesti korang pening bila baca msg ni..hehe Orang Terengganu faham la kot msg ni.  Kepada yang tak tahu, aku ni orang Terenggau tau. Lahirnya kat Dungun tapi membesar kat Kemaman. Orang kata kat Kemaman ni boleh makan ikang sokmo lah.hehe.. Tapi rumah aku takde la dekat sangat dengan pantai. Aku dulu duk dalam kampung jauh nun dalam hutan. Nak ke pantai dalam 22 kilometer g2. Kampung aku ni namanya Bandar Seri Bandi. Tapi bukan bandar pun, hutan dan babi hutan banyak la.hehe. Kat situ aku tinggal dengan mak dan nenek saudara kat sebelah rumah. Nenek saudara aku ni kitorang (dari c

Musim Exam Menjelma!

Image
Assalamualaikum & Hai... 5hb ni aku ada midsemester exam. Maka sekarang ni aku agak sibuk untuk persediaan exam. Musim exam mesti akan membuatkan aku letih. Ye r, banyak benda nak kena baca, fahami dan ingat. Nak lepas satu2 stage tu adalah proses yang meletihkan. Sekarang ni mood aku untuk study tu tak berapa nak ada. Malas betul sekarang ni.hehe.. Kalau study pakai powerpoint nota kuliah, mesti nak tengok berapa slaid lagi remaining.haha..  Sekarang ni aku guna taktik me-reward-kan diri. Contohnya, bila tiba2 perasaan malas or nak main game datang masa tengah study sesuatu topik, maka aku akan kata dalam diri yg aku akan main game bila dah abis topik ni. Teruk kan? hehe..tapi at least habis la topik yang aku sedang baca tu.. Alhamdulillah taktik ni berjaya.. wink..wink* Salam dari budaksepet,

Batu Karang Dalam Saluran Kencing

Image
Assalamualaikum & Hai..... Penyakit batu karang agak sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia. Namun saya pasti ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit batu karang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada lokasinya. Antara yang paling biasa didengar ialah batu karang di buah pinggang. Namun tahukah anda bahawa batu karang boleh terjadi di pundi hempedu?  Penyakit batu karang di buah pinggang atau sepanjang saluran kencing disebut sebagai urolithiasis dalam istilah perubatan (batu karang di hempedu disebut sebagai cholelithiasis ). Urolithiasis biasanya terjadi kepada lelaki dengan nisbah 2 kepada 1 manakala cholelithiasis lebih umum terjadi kepada wanita.  Urolithiasis merujuk kepada pembentukan batu karang disepanjang saluran kencing. Ini termasukklah dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Kajian mendapati keturunan turut memainkan peranan dalam pembentukan batu karang ini. Jika seseorang mengalami masalah ini, maka beliau mempunyai peluang 50% un

Tangisan Rasulullah SAW Menggegarkan Arasy

Image
Untuk renungan kita bersama. Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja mem

Mimpi Yang Tak Sudah

Image
Assalamualaikum & Hai... Malam tadi aku tidur hampir pukul 4 pagi. Masa tidur tu aku dikacau oleh mimpi2 yang tidak berkesudahan. Ada aje sambungannya. Masuk cerita ni lah, cerita tu lah. Tak habis2. Apa yang aku ingat mimpi tu berkisar di kampung aku di Kemaman nun. Dalam mimpi  tu ada seorang gadis rahsia yang menjadi watak utama.  Nak tau sapa?  Mana boleh.. Rahsia tu.. hehe... Alarm penggera henset aku berbunyi seperti biasa untuk mengejutkan aku sembahyang subuh. Tapi disebabkan dibuai mimpi yang tak berkesudahan tu, maka subuh aku telah terlepas macam tu aje. Mimpi masih berterusan. Episod demi episod terus bermain. Sampai letih aku dibuatnya. Sedar aje aku dari tidur, jam dah menunjukkan pukul 10.05 pagi. Aku ada kelas patho Haemato pada pukul 11.  Badan ni rasa macam letih sekali. Mungkin sebab mimpi yang tak habis2 tu kot. Kerongkong ni pulak rasa perit, sore throat. Hidung pulak bila bernafas keluar udara yang panas aje. oh.... Aku demam Huhu.. Nasib baik

Kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi

Image
Berikut adalah kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..     Assalamualaikum...   "Wahai puteriku, Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..   Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.. Wahai puteriku, banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan aku sampaikan.. Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bent

Jom Nilaikan Diri ;0)

Image
 Assalamualaikum & hye... Kejap tadi aku dapat satu email dari miss Farah Alwani. Tajuknya ialah kasih sayang mengikut bulan lahir .eheehehe... Kelakar la pulak bila baca benda macam ni. ngeh...3x. Aku lahir bulan Oktober 1987. Korang? Dove of Peace Januari - Mudah jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati. - Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya -pasangannya cemburu terhadapnya.. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- Febuari - Sukar untuk jatuh cinta . - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

Jangan Tertipu Dengan Email Bank Palsu!!

Image
Assalamualaikum & hye.... Semalam aku ada terima email dari CIMB bank. Aku tau sebenarnya email tu adalah palsu. Dalam email tersebut mengatakan bahawa CIMB Clicks punya server telah mengalami masalah, maka aku perlu login ke website CIMB Clicks dan kemudian memohon nombor TAC yang baru. TAC diperlukan untuk melakukan transaksi topup handset dan sebagainya.Dalam email tu dinyatakan langkah2 yang perlu diikuti, jika tidak akuan bank CIMB tersebut mungkin di tamatkan. Betapa pandainya taktik perompak siber ni, memula sekali dia suruh kita login di website CIMB yang original. Apabila kita dah dapat TAC yang baru, kita di arahkan untuk logout dan login sekali lagi dengan kali ini memasukkan sekali no TAC yang baru. Di sini lah pengguna akan tertipu kerana website yang kita diminta login semula itu adalah website PALSU!!!   Website CIMB yang betul Website CIMB yang palsu. Sekali imbas macam yang original kan? Website tersebut adalah mimik kepada website CIMB yang original. Jika and

Dekstop RAM Kingstone DDR2 512mb untuk dijual!!

Image
 Kingston DDR2, 512MB,  533Mhz Second hand Desktop RAM untuk di jual!! Keadaan gerenti baik! Ingin lajukan komputer anda? Teringin untuk tambah RAM agar anda mampu guna windows Vista? Mahu elakkan windows anda dari tersangkut2? Apa kata anda tambah RAM komputer desktop anda! Hanya RM35 . Ini termasuk kos penghantaran ke rumah anda! Tak perlu start enjin kereta mencari kedai komputer. Anda hanya perlu SMS atau email saya mengenai enquiry anda. Spesifikasi : Kingstone DDR2, kelajuan 533Mhz, saiz memori 512mb Hubungi saya :  Mohd Rizuan Ali, 017-2421412 ibnu_ali_87@yahoo.com Salam dari budaksepet,

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Image
Assalamualaikum & hye...  " Selamat Menyambut  Hari Raya Aidil Adha " Sempena hari raya aidiladha ni, aku akan balik ke kampung aku di Kemaman, Terengganu. Hari raya haji kat sana meriah tau. Boleh makan daging lembu banyak2. hehe. Dah lama juga aku tak balik ke sana, mau dekat setahun tak balik kot. Dan hampir setahun juga lah aku tak jumpa ayah aku. Hari raya hari tu pun tak sempat. Aku bertolak ke Kemaman dari Shah Alam pada pukul 9 malam esok (sabtu). InsyaAllah aku akan sampai sana lebih kurang pukul 6 pagi.  Bermula dari sabtu sehinggalah hari Selasa depan, aku tak dapat online. Sesiapa ada msg  boleh tinggalkan kat YM atau pun msg aje kat no ni : 017-2421412. Selamat hari raya Aidil Adha buat semua. Salam dari budaksepet,

Peti Sejuk Dari Perak ;p

Image
Assalamualaikum... Hari ni ada kelas patho endocrine dan patho genito-urinary. Kelas endocrine masih lagi tak masuk pasal disease. Tp Prof Karim masih mahu menekankan kitorang untuk revise kembali histologi organ2 endocrine. Walaupun ramai yang tak suka histologi ni (termasuklah aku), namun aku rasa kalau faham histologi pasti akan senang untuk faham pathology (penyakit). Untuk kelas penyakit sistem urinari pulak, hari ni kitorang diperkenalkan kepada penyakit yang melibatkan kecederaan pada kapsul glomerular pada buah pinggang (glomerularnephritis). Asignment pun dah ada. Banyak ni. aduii.. Assignment : *Secondary glomerulonephritis Systemic lupus erythematosus Diabetes mellitus Amyloidosis Goodpasture Syndrome Polyarteritis nodosa Wegener granulomatosis Henoch-Schonlein purpura Bacterial endocarditis Hereditary diseases *Date of submission : 12 Disember 2008 Malam ni aku kena pulun untuk siapkan assignment musculoskeletal dan genetic disorder. Dua2 nak kena hantar es

Majalah Dewan Kosmik Disember 2008

Image
Assalamualaikum & Hye... Majalah Dewan Kosmik Isu Disember 2009 Jangan lupa beli. RM6 aje.hehe Untuk isu bulan Disember 08, kali ini aku menulis untuk ruangan Astronomi yang bertajuk Soltis Musim Sejuk : Matahari Merajuk ke Selatan. Sebenarnya artikel ni adalah bersempena peristiwa soltis musim sejuk yang akan berlaku pada 21 Disember ini pukul 6.05 minit petang waktu Malaysia. Peristiwa soltis tidak memberikan siginifikan yang banyak kepada kita yang berada di khatulistiwa. Peristiwa soltis lebih memberi kesan kepada masyarakat di utara yang sedang mengalami musim sejuk manakala masyarakat selatan bumi sedang mengalami musim panas. Jadi apa kaitannya dengan kita di Malaysia? Haha.. jawapannya ialah pada hari tersebut, matahari akan kelihatan berada paling jauh ke selatan pada waktu tengah hari. Lebih tepat lagi jaraknya dari titik atas kepala ialah 23.5 darjah ke selatan. Ha...apa lagi, tandakan pada kalendar atau buat reminder dalam henset untuk tengok matahari di waktu tengah ha