Selamat Pengantin Baru Sh. Nabilla & Syafuan!

Sunday, August 17, 2008 0 Comments


Pada 16 Ogos 2008, kawan aku, Sharifah Nabilla Bt Syed Omar telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannye iatu Mohammad Syafuan Bin Bakhtiar. Aku yang time tu segak bersampin (ehem ehem) menjadi pengapit raja sehari tu bersama member aku iaitu cik Syikin. Aku doakan korang berdua selamat berbahagia dan terus berkekalan sehingga ke anak cucu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Berkatilah
Mohammad Syafuan & Sharifah Nabilla
dengan jodoh yang berkekalan,
limpahkan lah rahmat Mu ke atas pasangan suami isteri ini.
Berkatilah kehidupan mereka dunia dan akhiraat,
Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadap Mu,
Serta teguhkanlah keimanan mereka terhadap Mu.

Ya Allah Rabbal Izzati,
Kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepada mereka,
Murahkanlah rezekiu mereka dan
berikanlah petunjuk ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai.

Ya Allah,
Engkau kurniakanlah kepada
Mohammad Syafuan & Sharifah Nabilla
kasih sayang yang abadi sepertimana yang Engkau kurniakan kepada
Nabi Adam dan Hawa,
Nabi Yusuf dan Zulaikha,
Nabi Muhammad SAW dan Khadijah.

Sempurnakanlah agama mereka dengan memberkati ikatan ini.
Sesungguhnya agama Engkau Maha Penyanyang.
Amin Ya rabbal Alamin.


Jom kita tgk sket gambar2 yg kitorang posing ari tu ;)
Aku dikelilingi oleh bakal2 isteri :D
Posing jgn x posing
Posing lagi sebelum pengantin lelaki datang
Pak Pung Pak Pung!
jalan leklok, jatuh kang
Selamat pengantin baru!

Astromas

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments:

Komen terhangat

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails

Pages - Menu